Wednesday, February 26, 2014

Finally!! Siap juga passport my Cheeky Delisha hoyeh

Assalamualaikum......

Finally finally siappppp jugak passport si kenit Delisha ni. 2 hari berulang baru siapp... seb baik la sempat siapp haishhh

Kelmarin pergi JPN Puchong Utama, malas nak ke Putrajaya katanya lagi sesak and ramai orang hiskk! So pergi je lah kat Puchong utama. Sampai kul 8:40 pagi nombor dah habisss ??? Haiyahhh frusttt mak. Tanya staff kaunter pukul berapa no habis tu.. katanya "hari ni lambat sikit, pukul 8:30 pagi!" Aiyohhhhhhh awal gilerrr.

So semalam lagi sekali pergi la ke JPN. Masa dah suntuk nihhh kang bertangguh langsung tak sempat plak. So smlm 7:45 pagi aku dah sampai... tengok tu dia beratur panjang sampai melangkaui 4 deret kedai nko! Hambekkk.
So kul 8 pagi bila pintu dah bukak dapat la ambik no... no 65 & 66 tu pun katanya nombor sessi petang.... pulakkkk macam Fareeda gak ada no sessi pagi n no sessi petang yek.

So since staff kata suh datang balik kul 2 mama pun balik la rumah semula. Delisha hantar taska aku sambung WFH nak nunggukan pukul 2 tu.

Tengahari ambik Delisha and gerak semula ke JPN. Abang pulak amek cuti separuh hari pagi je so pak ucu adik ipar aku yg bongsu la temankan aku and Delisha plak.
Sampai2 kul 2 ti terus naik tingkat 1 utk ambik gambar. Sekarang ni imigrese  dah provide ambik gambar passport terus dikaunter so tak perlu dah nak sediakan gambar.

Turn aku ok lagi..m sampai turn Delisha haru biru nak bergambar sbb kamera dah paku kat board tepi tu and adjustable remotely by staff so kalau gambar baby mmg payah la nak ambik. Ada la 3 kali gak sessi cubaan dan semuabya FAILED! Ada je yg tak kena... muka senget, telinga tak nampak.. ada tu yg katanya cantek tapi ada lak hidung berair pun tak approved! Haiyah..... sian lak kat org lain yg queue. Penyudahnya staff kata Puan boleh la tangkap gambar baby kat kedai gambar *selama ni mmg selalu ambik gambar kat kedai tu pun* so terus la gi situ.

Sampai sana 2-3 snap je dah settle! Wahahaha memang pakarr... tapi bayar la beb!

Settle gambar terus hantar balik kat kaunter and buat pembayaran. Masa tu dah pukul 2:40 gitu. Pukul 4 karang dia suh datang balik ambik no utk collect passport.
So sempat la go BIG aeon hands on barang pada customer. Ngam2 je bajet masa kennnn. Kul 4 datang balik ambik no dan terus redeem. Passport pun dah siappp hoyeh! So lepas ni tinggal nak packing baju je. Tak yah packing bebanyak pun sbb gi dekat and kejap je pun hihihi. Alkisah....

Friday, June 29, 2012

TAWARAN


Shafiq membungkam di hujung katil. Mukanya  kelat tidak terkira. Puas hatinya dapat menghempaskan  pintu bilik sekuat hati menzahirkan perasaannya yang memberontak tidak setuju!  Kata-kata yang baru didengarinya tadi amat menyesakkan jiwa. Geram, marah, sedih dan kecewa semuanya bercampur baur bagai menghiris-hiris pedih ulu hatinya.

Kenapa baru sekarang ? Sedangkan selama ini dia begitu bebas untuk melakukannya tidak kira masa asal saja bukan lewat malam. Shafiq betul-betul kecewa. Biar dihalang untuk perkara lain tapi tolonglah bukan yang satu ini! Kebahagiaanya bagai direntap tanpa belas.

Perasaan kecewa yang bersilih ganti itu akhirnya menyebabkan matanya mula berkaca. Mukanya terasa panas dan dia yakin kulit mukanya sudahpun bertukar warna. Daun pintu yang baru dihempas sekuat hatinya tadi ditenung tajam seolah pandangan matanya boleh bolos melihat susuk di luar sana. Dadanya berombak kencang menahan perasaan sebal yang tidak terperi itu sambil cuba menahan air mata lelakinya agar tidak gugur. Kedua tangannya digenggam geram.

Dalam geram otaknya tetap berfikir ligat cuba mencari jalan. Dia perlu mencari jalan untuk mendapatkan kembali  ‘kebahagiaan’nya itu. Ya.. dia harus mencari jalan !

*****************************************************************************

Petang  ini dirasakan berlalu begitu panjang.  Lebih panjang dari kelaziman. Hari ini Shafiq sanggup melupakan ‘temujanji’nya di taman seberang jalan biarpun dari jauh di nampak kelibat rakan-rakan nya bagai berpesta keriangan. Biarlah hari ini temujanji itu dibatalkan yang penting segalanya harus diputuskan hari ini. Dia tidak mahu kekecewaan ini berterusan. Dia perlu melakukan sesuatu demi mendapatkan kembali haknya. Ya, hak dan kebahagiaannya !

Tidak lama kedengaran deruman enjin VVTi 2.4 liter buatan negara matahari terbit itu berlabuh di garaj kereta. Shafiq tidak sabar lagi untuk bertemu dengan pemilik kereta itu. Biar segalanya terlerai hari ini. Dia perlu membuat tawaran. Sehari suntuk dia memerah otak memikirkan tawaran terbaik untuk menambat hati lelaki itu. Dia sudah memikirkannya masak-masak. Dia begitu yakin pemilik kenderaan itu akan bersetuju dan dia pasti akan dapat mengembalikan semula hak dan kebahagiaannya.

“Ayah, jika Shafiq berjaya menyiapkan semua latihan dan kerja rumah di sekolah Shafiq boleh bermain game di rumah. Tapi jika Shafiq tak siap kerja sekolah, Shafiq tidak boleh dan tidak akan minta pun untuk bermain game di komputer itu. Itu rule Shafiq. Bolehkan Ayah ? ”

Ujar Shafiq penuh mengharap sejurus wajah ayahnya tersembul di muka pintu.